Tuesday, September 25, 2018

KELAS JAHITAN PAKAIAN BELLEZZA NILAI N.SEMBILAN

KURSUS JAHITAN PAKAIAN DI BELLEZZA COLLECTION, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN  

Pakej Hujung Minggu yang diadakan pada Sabtu/Ahad ini berasingan daripada BENGKEL SEHARI, BENGKEL 2 HARI ATAU BENGKEL 3 HARI (Jangkapendek) YANG DIADAKAN.

Kursus pada hujung minggu ini di buka kepada Bumiputera beragama Islam.  Tenaga pengajar mempunyai pengalaman lebih 25 tahun didalam industri fesyen dan jahitan merupakan graduan Institut Teknologi Mara (ITM) Bachelor of Design (Fashion). 

Nota-nota bercetak yang diberikan kepada pelajar adalah disediakan sendiri oleh beliau. 







Yuran pendaftaran yang dikenakan hanya sekali sahaja iaitu RM150 + Yuran Kursus.
Kursus dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

JENIS-JENIS KURSUS YANG DITAWARKAN:

A.  PAKEJ EKONOMI

     Terdapat 3 peringkat :
     1. Asas Jahitan - yuran kursus RM100++
     2. Asas Membuat Pakaian - yuran kursus RM300++
     3. Teknik Membuat Pakaian - yuran kursus RM300++

     * Tempoh belajar adalah sehingga baju yang dijahit itu, siap.
        Anggaran jangkamasa yang diambil oleh pelajar untuk tamat ketiga-tiga peringkat ialah antara 2-5bulan tetapi ianya tetap bergantung kepada tahap pemahaman serta kepantasan pelajar.


B.  PAKEJ INTENSIF - yuran kursus RM600++


     ■98% hingga hampir 100% pelajar yang mendaftar menggemari pakej ini kerana mereka     mampu mengambil ukuran dan menyiapkan pakaian melalui sistem pelajaran yang sistematik dan konsisten hanya dalam tempoh 1-2 bulan sahaja.

    ■ Pelajar akan dibekalkan dengan beberapa set nota bagi membantu mereka memahami teknik yang dipelajari.

    ■Nota adalah dihasilkan sendiri oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun di dalam industri fesyen dan jahitan.


C.  PAKEJ PILIHAN

      ■Pakej ini mengandungi beberapa pakej pilihan iaitu antaranya membuat pakaian lelaki,
      kemeja, baju Melayu serta pakaian wanita seperti jubah, dress, baju moden / kurung
      berlining, blause dan slacks.

      *Pakej ini hanya boleh diikuti setelah pelajar menamatkan Pakej A atau Pakej B.




 






 


BERMINAT MEMPELAJARI TEKNIK MENJAHIT PAKAIAN DI BELLEZZA COLLECTION?
SMS KAMI DI 013-229 2611
ATAU
WASAP 011-11151536


---------------------------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

"Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku.  Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.  Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang Maha Penyayang."


SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEHI DIGUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DAN SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI USAHA KITA BERKONGSI ILMUNYA...AMIIIIN...

--------------------------------------------------------------------------------




ANTARA BEKAS PELAJAR YANG PERNAH MENGIKUTI KURSUS DI SINI :

1.  Surirumah
2.  Ahli perniagaan yang berkecimpung di dalam andaman dan jahitan
3.  Pegawai tentera
4.  Pensyarah IPTA dan IPTS
5.  Jurujahit yang mengambil tempahan di rumah
6.  Bekas pelajar yang pernah mengikuti kursus jahitan di kolej kemahiran
7.  Lepasan sekolah
8.  Pelajar IPTA dan IPTS
9.  Guru
10. Arkitek
11. Pemandu lori
12. Pembantu gymnasium
13. Jurutera
14. Penjual burger/kuih/bazaar
15. Pengarah/Timbalan Pengarah Perkhidmatan Awam


Syukur alhamdulillah, dari maklumbalas yang diterima oleh bekas pelajar kebanyakannya tidak menghadapi masalah untuk mengambil tempahan ataupun membuat pakaian sendiri.

Tidak dinafikan, untuk mendapatkan keyakinan bagi memulakan tempahan adalah agak sukar tetapi apabila sudah memulakan, insyaAllah..kualiti yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

Antara bekas pelajar yg pernah mengikuti kursus di sini ialah pelajar IPTA/IPTS jurusan Fesyen, Al Quran & Sunnah, Perakaunan, guru dan surirumah dari Melaka & Pahang, penjawat awam dan swasta di Selangor, N. Sembilan dan Kuala Lumpur, para pensyarah di Negeri Sembilan & Selangor serta surirumah dan jurujahit sekitar KL, Selangor dan Negeri Sembilan.

(Tertakhluk kepada terma dan syarat)

Antara rekaan fesyen yang pernah dihasilkan oleh tenaga pengajar Bellezza Collection


No comments:

Post a Comment