Wednesday, June 13, 2012

KELAS JAHITAN PAKAIAN BELLEZZA COLLECTION - Fashion Design & Academy

Alamat : PT 12927A Tingkat 1
              Jalan BBN 1/7D Fasa 3
              71800 Nilai N.Sembilan

Tel : 013-229 2611 / 019-329 0756


Lokasi Bellezza Collection (Fashion Design & Academy) terletak di tepi jalan besar berhadapan Dataran Nilai, sebaris dengan Pusat Servis Honda, Kedai Tayar Silverstone dan di tingkat 1 bersebelahan dengan kedai aksesori kereta.  Berhampiran Masjid Bandar Baru Nilai.

----------------------------------------------------------------------------------------------

DAFTARLAH SEKARANG!!  TEMPAT ADALAH TERHAD!!!

KELAS JAHITAN PAKAIAN DIJALANKAN PADA SABTU & AHAD SAHAJA (buat masa ini)!
HUBUNGI KAMI SEGERA!  TEL : 013-229 2611 / 019-329 0756

KELAS JAHITAN BERGERAK!  Sila layari http://kelasjahitanbergerak.blogspot.com/

-----------------------------------------------------------------------------------------------


APA KATA ANTARA BEKAS PELAJAR KAMI APABILA KAMI HUBUNGI MEREKA PADA BULAN JULAI 2011 :

1.   Puan Roxxah  (Suri Rumah -Bandar Baru Salak Tinggi) Tamat belajar pada Jun 2011
      "Cikgu, terima kasih banyak2 atas ilmu yang cikgu bagi.  Akak ada lagi 30pasang tempahan kat rumah..Akak bersyukur sangat.  Bila mula2 akak buat, kawan2 customer akak puji, diorang terus tempah.." 

2.   Puan Norxxxxxan (Pekerja Swasta - KLIA) Masih di dalam proses pembelajaran Kebaya
      " Ya Allah, kak..saya ada 15pasang tempahan kat rumah.  Saya ambik b.kurung je dulu sebab dah habis belajar b.kurung.  Kawan2 kakak saya puji jahitan b.kurung saya, lepas tu dia tempah.."

3.   Puan Rxxxah (Suri Rumah - Nilai)  Tamat belajar pada 2010
      " Cikgu, saya ada beberapa bakul ni lagi belum buat.  Alhamdulillah, banyak tempahan saya tahun ni...risau saya..dapat ke siapkan ni.."

4.   Puan Norxxxah (Suri Rumah - Kajang) Masih di dalam proses kursus lanjutan baju berfesyen 2011
      " Ramainya suka pakai pesak gantung, kak.  Pesak gantung ni cuttingnya cantik..lepas tu selesa..Tempahan saya baki ada lagi 20 hingga 30 pasang ni.."

5.   Cik Axxx ( Pelajar IPTA - Nilai) Tamat belajar pada 2010
       " Tahun ni saya buat sendiri semua baju.  Dah tak payah tempah dah cikgu.."

SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH..SEMOGA ILMU INI DIBERKATI OLEH-MU...AMIIN..


 ------------------------------------------------------------------------------------------

Antara soalan yang sering ditanya kepada kami oleh para pelajar :

1.   
Soalan : Saya tiada asas menjahit & tak tahu guna mesin jahit.  Boleh ke saya faham?
Jwpn   :  InsyaAllah, selagi ada usaha dan minat..kita berusaha.  Selebihnya, kita berdoa & 
              bertawakal kpd ALLAH swt.  Sepanjang pengalaman kami mengajar, lebihkurang 
              85% pelajar adalah yg tidak ada asas dan tidak pernah menjahit sebelum ini.

2.   
Soalan :  Berapa lama tempoh yg diambil utk tamat kursus ni?
Jwpn   :  Segalanya bergantung kepada pelajar itu sendiri.  Kebiasaannya, pelajar akan 
              mengambil masa lebihkurang 1-2bln utk tamat tetapi jika pelajar agak lambat 
              pemahaman & pergerakannya & ada masalah kedatangan yang tidak konsisten, 
              berkemungkinan akan mengambil masa lebihkurang 3bulan.

3.   
Soalan :  Ada sijil ke bila tamat kursus?  Sijil ni laku ke?
Jwpn   :   Ya, sijil ada diberikan tetapi harap maklum bahawa kursus yang kami tawarkan 
               di sini bukan di bawah anjuran MLVK.  Sijil hanyalah sebagai memaklumkan 
               bahawa pelajar pernah menghadiri kursus membuat pakaian di sini tetapi tenaga 
               pengajar akan memberikan gred kpd pelajar samada mendapat A, B, C, D atau E 
               dan tercatat pada  sijil yg dikeluarkan.  Gred adalah penilaian pengajar terhadap
               kualiti jahitan, sikap, kedatangan, inisiatif, usaha, minat & pelbagai lagi.
               Alhamdulillah, daripada maklumbalas yang diberikan oleh bekas pelajar kami, ada
               yang sudah membuka butik, mengambil tempahan di rumah, mengambil
               tempahan daripada pelbagai butik serta membuka kedai jahit.
               Laku atau tidak sesuatu sijil itu bergantung kepada skil dan kualiti pelajar sendiri
               kerana daripada  pengalaman kami memberikan latihan industri kpd para pelajar
               IPTA/IPTS serta kolej kemahiran yang ada, alhamdulillah..skil/kualiti bekas pelajar
               di sini tidak jauh bezanya malah mereka mampu bersaing dengan baik di pasaran 
               yang sedia ada, insyaAllah..




PELAN LOKASI BELLEZZA COLLECTION ~ Fashion Design & Academy








KURSUS JAHITAN DI BELLEZZA COLLECTION, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN 

Kursus di buka hanya kepada Bumiputera beragama Islam.  Tenaga pengajar mempunyai pengalaman lebih 14tahun didalam industri fesyen dan jahitan merupakan graduan Institut Teknologi Mara (ITM) Bachelor of Design (Fashion). 

Nota-nota bercetak yang diberikan kepada pelajar adalah disediakan sendiri oleh beliau. 




Yuran pendaftaran yang dikenakan hanya sekali sahaja iaitu RM150 + Yuran Kursus.
Kursus dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

JENIS-JENIS KURSUS YANG DITAWARKAN:

A.  PAKEJ EKONOMI

     Terdapat 3 peringkat : (b.kurung & kebaya sahaja)
     1. Asas Jahitan - yuran kursus serendah RM100++
     2. Asas Membuat Pakaian
     3. Teknik Semi-Profesional 1

     * Jangkamasa yang diambil oleh pelajar untuk tamat ketiga-tiga peringkat ialah antara
        4-6bulan tetapi ianya tetap bergantung kepada tahap pemahaman serta kepantasan
        pelajar


B.  PAKEJ INTENSIF

     80% pelajar yang mendaftar menggemari pakej ini kerana mereka mampu mengambil
     ukuran dan menyiapkan pakaian melalui sistem pelajaran yang sistematik dan konsisten
     hanya dalam tempoh 1-2 bulan sahaja.

     Yuran kursus ialah RM600++.  Pelajar akan dibekalkan dengan 7set nota bagi membantu
     mereka memahami teknik yang dipelajari.

     Nota adalah dihasilkan sendiri oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman
     lebih 14tahun di dalam industri fesyen dan jahitan.


C.  PAKEJ PILIHAN

      Pakej ini mengandungi beberapa pakej pilihan iaitu antaranya membuat pakaian lelaki,
      kemeja, baju Melayu serta pakaian wanita seperti jubah, dress, baju moden / kurung
      berlining, blause dan slacks.

      *Pakej ini hanya boleh diikuti setelah pelajar menamatkan Pakej A atau Pakej B.



BERMINAT MEMPELAJARI TEKNIK JAHITAN PAKAIAN DI BELLEZZA COLLECTION?
SMS KAMI DI 013-229 2611 / 019-329 0756
ATAU

---------------------------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

"Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku.  Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.  Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang Maha Penyayang."


SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEHI DIGUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DAN SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI USAHA KITA BERKONGSI ILMUNYA...AMIIIIN...

--------------------------------------------------------------------------------

ANTARA BEKAS PELAJAR YANG PERNAH MENGIKUTI KURSUS DI SINI :

1.  Surirumah
2.  Ahli perniagaan yang berkecimpung di dalam andaman dan jahitan
3.  Penjawat awam dan swasta
4.  Pensyarah IPTA dan IPTS
5.  Jurujahit yang mengambil tempahan di rumah
6.  Bekas pelajar yang pernah mengikuti kursus jahitan di kolej kemahiran
7.  Lepasan sekolah
8.  Pelajar IPTA dan IPTS
9.  Guru


Syukur alhamdulillah, dari maklumbalas yang diterima oleh bekas pelajar kebanyakannya tidak menghadapi masalah untuk mengambil tempahan ataupun membuat pakaian sendiri.

Tidak dinafikan, untuk mendapatkan keyakinan bagi memulakan tempahan adalah agak sukar tetapi apabila sudah memulakan, insyaAllah..kualiti yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

Antara bekas pelajar yg pernah mengikuti kursus di sini ialah pelajar IPTA dari Terengganu dan Kelantan, guru dan surirumah dari Pahang, penjawat awam dan swasta di Selangor, N. Sembilan dan Kuala Lumpur, para pensyarah di Negeri Sembilan serta surirumah dan jurujahit sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.



Antara rekaan fesyen yang pernah dihasilkan oleh tenaga pengajar Bellezza Collection




PERHATIAN KEPADA BUTIK-BUTIK YANG BERMINAT MENDAPATKAN NOMBOR BEKAS PELAJAR KAMI UNTUK BEKERJA SEPENUH MASA/SEPARUH MASA!
Berdasarkan pengalaman yang baru dilalui oleh pelajar kami, kepada tuan punya butik yang berminat, sila hantarkan surat permohonan secara rasmi kepada kami (menggunakan letter head dan mempunyai cop perniagaan) & hantarkan sendiri kepada kami ke kedai untuk mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan serta mementingkan keuntungan diri sendiri cuba mengeksploitasi pelajar kami.  Semoga kita sama-sama dapat membantu menaikkan ekonomi sesama umat Islam, insyaAllah..

JENIS TEMPAHAN : BAJU KURUNG
KAWASAN : TEMERLOH, PAHANG

KEPADA PELANGGAN YANG BERMINAT UNTUK MENEMPAH BAJU KURUNG DI TEMERLOH, PAHANG..KAMI MEMPUNYAI BEKAS PELAJAR YANG MENETAP DAN MENGAMBIL TEMPAHAN BAJU KURUNG DI KAWASAN TEMERLOH, PAHANG.  SMS KAMI DAN KAMI AKAN BERIKAN NOMBOR HANDPHONE UNTUK DI HUBUNGI!

---------------------------------------------------------------------------------------------------

JENIS TEMPAHAN : PELBAGAI JENIS BAJU
KAWASAN : NILAI, NEGERI SEMBILAN

PELANGGAN YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN DENGAN BEKAS PELAJAR KAMI YANG MENETAP DAN MENGAMBIL TEMPAHAN DI KAWASAN NILAI, N.SEMBILAN BOLEH SMS KAMI DENGAN SEGERA!

---------------------------------------------------------------------------------------------------

InsyaAllah, kami membuka peluang berkongsi pasaran bersama pelajar jahitan yang pernah belajar di Bellezza Collection.  SMS/Telefon : 013-229 2611 / 019-329 0756 untuk keterangan lanjut 



******************************************************************


TEMPAHAN UNIFORM KORPORAT
di Bellezza Collection, Putra Nilai Negeri Sembilan

Boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut!
Tel : 013-229 2611 / 019-329 0756


















SYARAT-SYARAT TEMPAHAN UNIFORM :

  1. Kuantiti minima tempahan ialah sekurang-kurangnya 50helai.
  2. Saiz adalah berdasarkan ukuran standard iaitu dari saiz XS, S, M, L hingga 5XL.
  3. 60% deposit tunai (bayaran pendahuluan) perlu dijelaskan sewaktu menyerahkan tempahan rasmi manakala baki 40% perlu dijelaskan sepenuhnya sewaktu menerima tempahan (Cash On Delivery). 
  4. Bayaran peminjaman sampel saiz diperlukan sewaktu menerima sample saiz untuk dicuba.  Bayaran tersebut akan di masukkan ke dalam jumlah deposit sewaktu membuat tempahan rasmi.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI 013-2292611 / 019-329 0756 atau e-mail ke bellezzacollection@yahoo.com

Kami mengalu-alukan kerjasama untuk jangkamasa panjang bersama anda, insyaAllah..