Wednesday, May 18, 2011

KELAS JAHITAN PAKAIAN DI NILAI, NEGERI SEMBILAN

KURSUS JAHITAN DI BELLEZZA COLLECTION, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN 

Kursus di buka hanya kepada Bumiputera beragama Islam.  Tenaga pengajar mempunyai pengalaman lebih 14tahun didalam industri fesyen dan jahitan merupakan graduan Institut Teknologi Mara (ITM) Bachelor of Design (Fashion). 

Nota-nota bercetak yang diberikan kepada pelajar adalah disediakan sendiri oleh beliau. 





Yuran pendaftaran yang dikenakan hanya sekali sahaja iaitu RM150 + Yuran Kursus.
Kursus dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

JENIS-JENIS KURSUS YANG DITAWARKAN:

A.  PAKEJ EKONOMI

     Terdapat 3 peringkat : (b.kurung & kebaya sahaja)
     1. Asas Jahitan - yuran kursus serendah RM100++
     2. Asas Membuat Pakaian
     3. Teknik Semi-Profesional 1

     * Jangkamasa yang diambil oleh pelajar untuk tamat ketiga-tiga peringkat ialah antara
        4-6bulan tetapi ianya tetap bergantung kepada tahap pemahaman serta kepantasan
        pelajar


B.  PAKEJ INTENSIF

     80% pelajar yang mendaftar menggemari pakej ini kerana mereka mampu mengambil
     ukuran dan menyiapkan pakaian melalui sistem pelajaran yang sistematik dan konsisten
     hanya dalam tempoh 1-2 bulan sahaja.

     Yuran kursus ialah RM600++.  Pelajar akan dibekalkan dengan 7set nota bagi membantu
     mereka memahami teknik yang dipelajari.

     Nota adalah dihasilkan sendiri oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman
     lebih 14tahun di dalam industri fesyen dan jahitan.


C.  PAKEJ PILIHAN

      Pakej ini mengandungi beberapa pakej pilihan iaitu antaranya membuat pakaian lelaki,
      kemeja, baju Melayu serta pakaian wanita seperti jubah, dress, baju moden / kurung
      berlining, blause dan slacks.

      *Pakej ini hanya boleh diikuti setelah pelajar menamatkan Pakej A atau Pakej B.



BERMINAT MEMPELAJARI TEKNIK JAHITAN PAKAIAN DI BELLEZZA COLLECTION?
SMS KAMI DI 013-229 2611 / 019-329 0756
ATAU

INGIN KELAS JAHITAN KE RUMAH ANDA?
Kelas jahitan bergerak ke rumah anda!  Sila layari http://kelasjahitanbergerak.blogspot.com/

---------------------------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

"Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku.  Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.  Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, wahai yang Maha Penyayang."


SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEHI DIGUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA DAN SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI USAHA KITA BERKONGSI ILMUNYA...AMIIIIN...

--------------------------------------------------------------------------------




ANTARA BEKAS PELAJAR YANG PERNAH MENGIKUTI KURSUS DI SINI :

1.  Surirumah
2.  Ahli perniagaan yang berkecimpung di dalam andaman dan jahitan
3.  Pegawai tentera
4.  Pensyarah IPTA dan IPTS
5.  Jurujahit yang mengambil tempahan di rumah
6.  Bekas pelajar yang pernah mengikuti kursus jahitan di kolej kemahiran
7.  Lepasan sekolah
8.  Pelajar IPTA dan IPTS
9.  Guru
10. Arkitek
11. Pemandu lori
12. Pembantu gymnasium
13. Jurutera
14. Penjual burger/kuih/bazaar
15. Pengarah/Timbalan Pengarah Perkhidmatan Awam


Syukur alhamdulillah, dari maklumbalas yang diterima oleh bekas pelajar kebanyakannya tidak menghadapi masalah untuk mengambil tempahan ataupun membuat pakaian sendiri.

Tidak dinafikan, untuk mendapatkan keyakinan bagi memulakan tempahan adalah agak sukar tetapi apabila sudah memulakan, insyaAllah..kualiti yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

Antara bekas pelajar yg pernah mengikuti kursus di sini ialah pelajar IPTA dari Terengganu dan Kelantan, guru dan surirumah dari Pahang, penjawat awam dan swasta di Selangor, N. Sembilan dan Kuala Lumpur, para pensyarah di Negeri Sembilan serta surirumah dan jurujahit sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.



Antara rekaan fesyen yang pernah dihasilkan oleh tenaga pengajar Bellezza Collection


8 comments:

  1. السلام عليكم,
    ade tak pekej dari asas menjahit?saya berminat nak belajar menjahit tapi tak pernah langsung menjahit.

    ReplyDelete
  2. Jawapan drpd Bellezza Collection:

    Salam,
    terima kasih krn bertanya. InsyaAllah, teknik pembelajaran di Bellezza Collection sesuai untuk semua peringkat samada dari yang telah ada asas ataupun yang tiada asas langsung dalam bidang jahitan. Kebanyakan pelajar yang mengikuti kelas jahitan di sini 90% datangnya daripada pelajar yang tiada asas dalam bidang jahitan. Apa yg penting adalah minat dan usaha utk berjaya dan yang selebihnya Allah akan membantu kita melalui doa dari kita sendiri..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Salam, sy berminat nak belajar dan mmg xde asas lgsung dlm bidang jahitan..so nak tnya bpe yuran utk sy complete suma pakej smp pandai..?? And kat mn lokasi belezza collection?? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Terima kasih atas minat saudari terhadap kelas jahitan yang ditawarkan di Bellezza Collection. Saudari boleh datang ke kedai yang terletak berhadapan Dataran Nilai iaitu sebaris dengan kedai tayar Silverstone. Kami menawarkan beberapa pakej untuk pelajar dan bergantung kepada pelajar untuk memilih pakej yang diminati. Boleh buat temujanji sebelum datang ke kedai dengan sms ke 013-229 2611 / 019-329 0756. Selepas mendapatkan penerangan, saudari boleh fikirkan pakej yang sesuai untuk di ambil. T.kasih. www.bellezzacollections.blogspot.com

      Delete
  4. assalamualaikum...
    saya berminat tapi saya hendak belajar ukur badan. baju uniform
    saya banyak dapat tempahan untuk uniform..

    ReplyDelete
  5. Jawapan drpd BELLEZZA COLLECTION :

    Wsalam. Alhamdulillah, kerana sudah mempunyai tempahan sendiri. Bellezza Collection menawarkan pelbagai teknik termasuk teknik mengukur badan. Walaubagaimanapun, teknik serta proses pembelajaran adalah mengikut sistem pembelajaran yang telah di susun. Untuk golongan lelaki, boleh datang dengan isteri atau adik-beradik perempuan, jika ingin mengikuti kursus jahitan di sini. Boleh buat temujanji sebelum datang mendapatkan penerangan tentang kelas yang dijalankan, kemudian boleh buat keputusan samada ingin mengikuti kelas/tidak. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Boleh saya dapatkan senarai harga pakej yang ditawarkan?

    ReplyDelete
  7. Jawapan drpd BELLEZZA COLLECTION :

    Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan dari harga serendah RM100 ++. Untuk mendapatkan senarai harga dan senarai pakej yang lebih detail, boleh ke Bellezza Collection Nilai. T.kasih

    ReplyDelete